Assalamualaikum wbt...
Selamat pagi...
Salam Isnin...
Selamat pagi...
Salam Isnin...
Alkisah kasihnya ibu membawa ke syurga...
Minggu ni turn balik rumah famili...biasanya macam tu lah, starting puasa, bila tiba hari weekend, mesti akan balik, bukak puasa sama-sama dgn famili kecil Ochie...alhamdulillah...walaupun juadah simple, yg penting dapat berkumpul tu...kebiasaan, Ochie akan balik semula ke rumah bujang ahad petang...tapi mak awal-awal dah request mintak hantarkan adik yg tengah ke stesen keretapi Ipoh, sebab die nak sambung job jadi bibik sementara di rumah mak sedara, so okla, lagipun kesian kat die, penat, nak drive malam pulak tu...
Lepas hantar adik kat Ipoh, kami balik, bertemankan si bongsu dalam kereta, macam-macam yg kami borakkan, semua topik kami selitkan, macam tu lah kami, kite dah takde depan mata setiap masa, tapi kami decide utk jadi kawan & pendengar 1 sama lain...setakat ni alhamdulillah, mungkin kami decide nak jadi macam kawan, hubungan kami rapat, biarlah kawan-kawan nak kata Ochie anak mak sekalipun, as long as I know what I'm doing...
Pagi tadi lepas sahur, mandi & terus bersiap, Ochie nak gerak balik, masuk kerja terus lah pagi ni, mak berkeras nak hantar jugak Ochie halfway, atas motor terasa sayu, bergenang jugak air mata, mengenangkan pengorbanan dia sebagai seorang mak, yg sanggup nak temankan Ochie dari rumah sampai la ke Kuala Kangsar, cuaca gelap lagi kata nya, risau Ochie sorang-sorang dengan motor...tak dapat nak kata ya, sebab dia jenis yg anak perlu dengar kata dia no matter what, dia jenis x boleh dengar anak-anak dia kata TAK.
Utk tak menghampakan dia, Ochie biarkan tapi dalam hati Ochie pulak risau dia nak balik sorang-sorang dengan motor jugak, hurm... :-(
Ochie biar dia lead, sambil atas motor, air mata jatuh titis demi titis, terharu dgn pengorbanan dia, walaupun umur Ochie tahun ni dah nak melangkah ke 27 tahun. Masih terbit rasa risau di hati dia, thank you so much mak, jasamu tak mampu nak di balas, hanya doaku mengiringi setiap langkahmu...InsyaAllah...
Berpisah di Kuala Kangsar, dalam hati tak putus doa semoga takde apa-apa yg berlaku pada dia di pertengahan jalan, alhamdulillah, dia selamat sampai rumah, Ochie pun sampai ofis, terus thumb print dulu then balik rumah hantar barang mana patut, siap-siap datang ofis balik. dan wassap dia bagitahu dah sampai, rupanya dia dah otw ke Parit Buntar, pergi pejabat tanah ada urusan lain, sangat superwoman. Ochie selalu terpikir, 1 hari nanti, kalau aku di tempat dia, belum tentu aku dapat lakukan benda yg sama seperti apa yg dia dah buat pada kita...
Sempena bulan yg mulia ni, Ochie harap, perjalanan kehidupan Ochie, famili & orang-orang keliling, serta tak lupa yg tersayang, dipermudahkan...setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya...semoga Ochie terus kuat utk menempuh setiap dugaan yg Allah berikan...insyaAllah...harap-harap Ochie tak patah semangat...mintak-mintak Ochie x menyusahkan orang...Ochie taknak, orang lain turut susah kerana Ochie...biarlah susah tu tanggung sendiri selagi terdaya...kalau x mampu, mungkin perlukan bahu utk bersandar seketika...
Kepada semua umat Islam, semoga kita terus kuat utk menempuh ramadan 2015 ni...setiap apa yg buruk kita jadikan pengajaran @ teladan...yg baik kita sampaikan pada orang lain, sebagai ilmu...tambahan @ perkongsian dgn orang lain... :-) Jangan ponteng puasa... Jangan puasa yang yuk, pagi-pagi bukak periuk...hihihi... ^_^
Selamat berjuang meneruskan puasa di bulan ramadan...!!! ^_^
Regards with love,
Ochibie_K
Comments