Skip to main content

Al-Kisah Campak Belakang

Assalamualaikum…
Selamat siang…!!! Weehoo…!!!
Alhamdulillah, ku panjatkan rasa syukur padamu…masih diberi kesempatan utk menikmati semua di atas muka bumi ni…terima kasih Allah…

Before melarat, Ochie nak share 1 kisah, happen last week, Ochie dapat emel, mintak attend interview, patutnye 8hb Mei x silap, tapi Ochie reply emel tu mintak postpone…so, interview tu pada Khamis last week b’samaan dgn 29hb Mei…disebabkan b’lagak, tempat interview tu dekat je ngan uma si dia, gerak la lambat, sampai pun memang lambat sikit, masa Ochie sampai, ada 2-3 orang tengah tunggu turn utk dipanggil interview jugak…disebabkan Ochie lambat, so ambik banyak masa la, nak isi form semua kan…then kena menunggu lagi…sebab semua macam dah x endahkan Ochie…huhuhu…sadis ooo…

Sebuah syarikat yg besar, bukan hanya di Asia, kalau sesape yg suka mengumpul baju-baju brand sukan macam Nike, Adidas, Puma, Reebok and so on, mesti tau punye lah…tapi, bukan Al-Ikhsan tau…hehehe…Ochie mintak tu pon jawatan yg sama macam Ochie pegang sekarang…bile dah sampai my turn, mata si penemuduga mcm m’bulat, dia cakap gaji yg Ochie letak tu tinggi sangat…dan diorang x boleh nak bayar…maklumlah, di syarikat tu macam ada rules…die cakap lagi, di department tu je, dah ada 15 orang staff, semua akan dibayar sama rata…takkan boleh beza-bezakan sebab taknak ada rasa tak puas hati sesama staff…

Dia jugak ada maklumkan pd Ochie, tentang bagaimana nak letak resume ikut market price…kami bukan lebih kepada sesi serius, tp lebih kepada berborak & tukar pendapat…huhuhu…die cakap, if lebih lama Ochie bekerja di syarikat yg sekarang nie, kalau dalam tempoh 4-5 tahun lagi, Ochie keluar, walaupun hanya kelayakan diploma, tapi Ochie dah ade pengalaman yg lebih…betul jugak…lagipun, Ochie sekadar nak mencuba nasib…manalah tahu…untung sabut timbul, betul tak? Lagipun, dah agak lama tak ditemuduga nie…hehehe…

Esoknya, 30hb Mei, Ochie, si dia & 2 lagi sahabat aka adik beradik lain mak lain bapak, menuju ke Melaka…saje, jalan-jalan release tension…lagipun kami berempat susah nak dapat peluang b’sama…tahun lepas ada lah, itu pun sebab plan last minit…dah macam-macam tempat dicadangkan nak b’cuti, akhirnye Melaka jadi pilihan…huhuhu…kami gerak dalam tengah hari…dalam cerita ada cerita, entah macam mana, malam khamis tu, merayap dalam Sunway Pyramid mencari hadiah utk orang kahwin, alih-alih dapat idea nak raikan hari ulangtahun adik beradik yg sorang tue…ikutkan hari istimewa dia bulan June, tapi disebabkan banyak sangat komitmen lain, diawalkan, sebab bile awal macam nie, takde lah dia dapat duga…hehehe…kalau dah nama plan last minit, paham-paham ajelah…

Malam tu jugaklah sibuk nak pegi DIY kat Summit padahal time tu dah kol 930…hehehe…alhamdulillah, capai apa yg perlu, buat ala kadar, kami bermalam pun 1 malam je…pagi sebelum gerak tu, masih mencari apa yg patut, serba serbi kurang, tapi jadilah, ada daripada takde…hehehe…rose petals, ballon, frame gambar, tu je yg Ochie perlukan, selebihnye kami decide cari di Melaka nanti…kami tiba & check in hotel, awal tak awal la…bila ditanya kpd penjaga hotel, ramai ke tidak guest pada hari tersebut, katanya tak ramai, tapi hari Sabtu penuh…biase lah tu, tambahan pulak tengah musim cuti skolah…

Lepas check in, masuk bilik, rehat-rehat kejap, rileks-rileks, then kami pun turun sebab perut dah b’keroncong…mintak di isi…penjaga hotel suggest kami makan di kedai pilihan JJCM…rancangan yg kat TV3 tu…paham-paham la kalau dah sampai Melaka, mesti la famous dgn asam pedas…tp Ochie tak makan pon lauk tu sebab Ochie Nampak ade lauk lain yg lebih menyelerakan iaitu ikan terubuk bakar…perrgghhh, memang dah telan air liur bile Nampak tu, tapi sayang, nasik die macam mentah sikit turn kitorang makan tu, so terbantut lah sikit selera makan tu, lepas makan, kami jenjalan ke Pahlawan Mall…dalam tu lebih kepada cuci mata, lepas perut dah kenyang…

Ade jugak yg shopping, takleh nak larang, bia kan aje, hehehe…jalan tu sampai ke malam jugak lah…balik hotel masing-masing dah penat…so, rest, then mandi, adik bradik & partner die turun, kononnye mengidam kek sangat2…maka Ochie & si dia pon mulakan lah plan kami…hahaha (tetibe gelak jahat jap) lepas hias & hias & hias, maka siaplah, Ochie tak memerlukan masa yg agak lama utk menyiapkan katil si adik beradik, kami tido bilik family, tp Ochie bukan sekadar hias katilnya, tapi katil Ochie jugak…kami rangkum semua tarikh penting, raikan sekaligus…tapi buat sendiri…tak perlu lah pihak hotel nak buat, belum tentu permintaan dilayan…

Lepas siap ape yg dirancang, kami b’dua pun turun, diorang dah siap naik beca, dah pusing dah, tunggu kami, plan asalnya nak naik cruise, entah macam mana, laju je menuju Jonker Walk, kebetulan ade event pulak b’dekatan Jonker Walk tu, kononnye nak menjengah, alih-alih brader yg jaga kat ala-ala red karpet tu suruh kitorang masuk, dapat free gift katanya, bukan kena buat apa pun, kami dalam 50/50, masuk jugaklah…sesudah mendaftar, diberi passport setiap seorang, perlu mendapatkan cop selepas setiap misi dijalankan, ada 4 misi, benda senang, lagipun diorang time tu dah nak kemas actually, setel semua, dah nak keluar, kami masing2 dapat gambar kami sebagai kenangan & powerbank tiap sorang…Alhamdulillah, dapat powerbank free…hehehe…

Teruskan perjalanan ke Jonker Walk, tapi time tu dah ramai yg tutup gerai, semua dah b’kemas nak balik, jalan jugak, sampai ke hujung, sekadar tengok-tengok, jenguk-jenguk…dah sampai penghujung, patah balik, seberang jalan, boleh pulak melepak tepi jalan, hilangkan lenguh kaki…huhuhu…memang sakit tumit dibuatnye, keje b’jalan je, tak rehat-rehat, perut pulak macam dah lapar mintak di isi, masing-masing decide nak makan burger je, sebab kalau boleh nak balik bilik secepat mungkin sebab misi belum t’capai…hehehe…setel beli burger, terus laju je naik bilik, b’debar masing-masing, jadi ke tak jadi, bile sampai je, Ochie dan si dia dah ready menunggu & akhirnye bile diorang b’dua keluar pintu lif & surprise!!!

Tergamam, kelu lidah tanpa kata…dia b’tanya, utk siapa…kami gelak & jawab serentak, utk dia, memang puas rasanya bila dapat sempurnakan apa yg dirancang…dan Ochie sebagai perancang Bandar & Wilayah…hehehe…seronok sangat…memang die teruja & speechless…die suka walaupun sederhana…hanya b’bekalkan sepotong kek, sambutan kami utk dia begitu simple & santai…dan jamuan yg paling best, kami makan burger pukul 1 pagi…hahaha…nice moment dgn diorang…dan setelah selesai semua, tido dgn aman…Ochie t’jaga sekitar jam 10 pagi, yg lain masih nyenyak…hari tu kami dah nak gerak balik KL, selalu kalau tido di hotel b’dua dgn si dia, Ochie lah paling liat nak bangun pagi walaupun tau kami dah nak check out…hehehe…tapi kali ni semuanya b’beza…

Lepas check out, kami lunch & sempat beli buah tangan utk bawak balik KL…pastu ade yg teringin nak minum coconut shake, layankan aje…hehehe…lepak-lepak ambik angin laut, tapi time tu x berangin sangat…setel semua, kami pun gerak balik KL…kereta boleh tahan la banyak…sampai KL, singgah The Mines, diorang b’dua nak cari iphone 2ndhand katanya & Ochie pulak nak cari cap yg memang Ochie dah lame nak…huhuhu…huruf A…puas merayau, sampai rumah diorang, ambik kereta, Ochie & si dia terus menuju ke Shah Alam…teringat nak makan western pulak…tekak pon bukan main demand…hehehe…kami m’cuba di Foodilicious Kitchen, t’letak x jauh dgn UiTM seksyen 7 & Unisel…sampai rumah dalam pukul 11 malam…tak abis setakat tu je, boleh pulak malam tu sibuk nak pasang wallpaper yg order kat groupon, last-last pukul 2 lebih rasenye baru t’lelap, memang tido x hengat…hahaha…

ni utk katil ochie & si dia

kalau ade lilin, lagi romantik tahap celebration malam ni...hahaha

tadaa...x sampai sejam pun... =)

ini utk katil mereka...just for them...

jalan-jalan melaka waktu malam...

beca! beca!

kafe batu keras, melaka...


Setakat itu sahaja nukilan buat kali ini…panjang dah nie rasenye…hehehe…gambar, Ochie letak kt bawah, korang tengoklah, kot nak idea, nak deco-deco bilik utk orang t’sayang…kot nak guna khidmat Ochie pon ok jugak…tak mahal pun, murah-murah je…hehehe…korang komen je kat bawah nie…hehehe…oklah, Ochie mintak diri dulu…adios…!!!

Love.Peace.Respect by

Ochibie_K

Comments

Popular posts from this blog

35 Fakta Mengenai P.E.N.G.K.I.D

Pengkid biasanya tidak terpikat terhadap gurl disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personality & keterampilan seseorang itu. Pengkid amat bencikan pengkid lain yg cuba untuk menggoda kekasih mereka. Apa yg sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap ditanya ketika mereka menelefon seorang Girl. Pengkid akan sibuk dgn pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai Girl yg benar – benar sayang. Apabila pengkid benar – benar sayang terhadap seorang Girl, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yg ada pada Girl tsersebut. Pengkid akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang Girl senyum kepada mereka. Pengkid sanggup melakukan apa saja utk mendapatkan perhatian daripada seorang Girl. Pengkid amat benci apabila Girl menceritakan mengen

Salam Aidilfitri - Latepost

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin #salamkosongkosong #aidilfitri2016 #syawal1437 Ikhlas dari, Ochibie_K 6 SYAWAL 1437

Selamat Hari Lahir Abang~

Assalamualaikum.. Salam Jumaat untuk semua.. Hujan turun..alhamdulillah.. Dah lame tak hujan..asyik berpanas je.. Hari ni bufday abang ! Tapi die bukan abang Ochie...hihihi... Die adik Ochie..lebih suke dikenali sbg Ochibie Jr.. Umo die genap 20 tahun ni.. Dah beso dah die.. My wish to u :- " Happy birthday bro..sem0ga kamu panjang um0, dimurahkan rezeki..diberikan kesihatan yg baek..sem0ga result kamu ag better dari last sem..jadi anak yg baek even aQ tau kamu kuat melawan, ade pendirian sendiri k0n0nnye..jangan degil sangat, sebab bile kamu susah, b0nda jugak yg kamu cari..tu kamu x sedar..aQ tau..aQ paham..aQ p0n macam kamu.. " Ochie rapat ngan die..dari kecik kami macam tu..perbezaan um0 kami 6 tahun..badan die ni besar dari badan Ochie..jadinye kalau kit0rang kua skali, takde yg akan tau 0chie ni sulung..hahaha..best best..die slalu cakap Ochie ni t'bantut, tak kisah la aQ ni terbantut ke ape ke..janji aQ ni kecik dari kamu..hahaha " Blaj0 lek