Skip to main content

aPaBiLa JaRi MeNaiP...

 Secebis rasa & nukilan jiwa…

Assalamualaikum…di saat sedang b’sendirian, hati bagai t’panggil utk menghadap lappy yg setia menemani hari-hari yg sunyi di bumi SM ini…tanpa berlengah, pantas jari-jari menaip huruf demi huruf…tak ada idea sebenarnya, lebih kepada menghilangkan rasa sunyi yg menjerat jiwa…

Bila b’bicara tentang menghilangkan rasa sunyi, alunan muzik yg dipasang hampir setiap malam setelah pulang dari tempat kerja, masih tak mampu membuang rasa sunyi tu…menetap di rumah sewa dah mencecah setahun lebih, tetapi isi rumah lebih kepada buat hal sendiri, apa nak jadi, jadi lah, sakit ke, hilang ke, diculik ke, tak ambil tau walau sedikit, kecuali b’pesan, mintak tolong tengokkan kenderaan semasa ketiadaan kita di rumah, sikit-sikit boleh la…lebih-lebih? Hurm, jangan haraplah…

Alhamdulillah, tinggal di Bandar yg kian membangun, menyesakkan otak dari segi kewangan…serba-serbi mahal dari hari ke hari…makanan, baik yg dah siap dimasak atau bahan mentah…kena bijak merancang sebelum terus serbu & membeli…bakal genap 3 tahun menimba pengalaman di syarikat yg sama…ada masa seronok, bagai di awangan, ada masa teruk, jatuh bagai t’sungkur…pada masa yg sama, masih mengintai peluang-peluang lain, mana lah tau kalau itu yg dinamakan rezeki…

Bicara ini lebih kepada m’ceritakan tentang hal diri…bukan tentang orang lain…tiada kawan di sini…hanya teman-teman ofis…itu pun boleh di bilang berapa patah perkataan yg keluar & itupun jika bersua muka…sedih kan? Selebihnya, hanya melayan novel-novel yg ada, ada diantaranya yg dah dibaca berulang kali…tiada teman berbicara di waktu malam, tiada teman berbicara ketika makan atau menonton cerita…mungkin ini jugak salah 1 dugaan bila tergolong dalam “Long Distance Relationship”

Berjauhan dari keluarga mungkin salah 1 tiket kebebasan, tetapi bagi diri, berjauhan dari pasangan, dengan perhubungan yg menjangkau usia 4 tahun  ini, memang besar dugaannya & terlalu mencabar…ada sahabat yg bercinta bagai nak rak, tapi sayang, terputus di tengah jalan, tewas kerana dah tak mampu nak m’pertahankan hubungan tu…kadang-kadang, bila hati tak kena, ada jugak rasa tewas, tapi kena ingatkan diri, mungkin ada hikmah yg menanti di sebalik semua ini…

Bermula dari Mac 2014, satu demi satu dugaan yg menimpa, bukan saja pada diri & si dia, malah pada keluarga…hanya dapat mengingatkan supaya sabar & kuat antara 1 sama lain…walau keluar air mata darah, apa yg terjadi, telah pun terjadi…cuma, lebih elok kalau berwaspada & jadikan sebagai iktibar supaya kejadian yg menimpa saat ini takkan berulang kembali…tak boleh mengambil jalan tengah kerana risiko yg menanti mungkin akan memberi impak yg lebih mendalam…

Sepatutnya diri sudah terbiasa dengan keadaan sebegini, tapi sayang, nampak sukar untuk membiasakan diri…mungkin kerana kerap berulang alik di hujung minggu, tak kiralah ke mana sekalipun membuatkan diri jarang keseorangan di Bandar SM ni…hurm…selalu mengimpikan & mengharapkan kami akan tinggal bersama suatu hari nanti, walaupun agak mustahil, apa salahnya pasang impian @ angan-angan, betul tak? Jangan terlalu taksub seperti mat jenin sudah lah…

Rutin setiap hari, bangun pagi, bersiap, ke ofis, habis waktu kerja, kadang-kadang OT, untuk mengelakkan rasa bosan di rumah, singgah kedai beli makan malam, balik rumah, mandi, makan, dah terbaring di katil, alkisahnye memang hanya terperap di bilik…hari-hari…kalau orang lain, mesti akan tension, silap-silap boleh gila…tu yg kadang-kadang mampu b’cakap sendiri kat atas motor…hahaha…dah jadi diluar kawalan, tapi tak bermakna kurang waras ye? =)

Nak berkongsi sesuatu…29 Mei 14, pukul 10 pagi, ada temuduga, doakan ya? Semoga semuanya baik-baik je…kalau dah t’tulis rezeki di syarikat yg sekarang ni sampai sini, maka sampai sini sahaja lah…semuanya telah diaturkan olehNya…semuanya sudah tertulis…kita hanya merancang, tetapi DIA yg menentukan segala-galanya…buatlah sehabis baik, kalau DIA kata tidak, maka tidaklah jadi nya…sambil menaip, sambil mengemas barang-barang yg perlu dibawak...

Selamat tiket dah dibeli, risau kalau kehabisan, almaklumlah, hari Rabu bakal bermula cuti sekolah selama hampir 3 minggu…pasti padat…jadualku hingga bulan depan jugak dah terisi dengan agenda…huh…penat…badan rasa tak cukup rehat, tapi apakan daya, bila kita sendiri yg memilih jalan ini sebagai jalan hidup kita, haruslah buat dan ikut seikhlas hati, betul tak? Tiada paksaan dalam setiap keputusan kecuali memang atas desakan & tiada pilihan…


Semoga segala yg kita minta dariNya bukanlah terlalu melampaui batas-batas yg telah ditetapkan…semoga kita sedar asal-usul kita, tahu keturunan kita, semoga segala urusan kita dipermudahkan…semoga segalanya berjalan lancer…Amin Amin Ya Rabbal Alamin…mungkin akan b’sambung minggu depan, setelah pulang dari short vacay, insyaAllah…

pack for vacation...!!!

be ready for vacation...!!!

wish me luck for my interview...bismillah...

Comments

Popular posts from this blog

35 Fakta Mengenai P.E.N.G.K.I.D

Pengkid biasanya tidak terpikat terhadap gurl disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personality & keterampilan seseorang itu. Pengkid amat bencikan pengkid lain yg cuba untuk menggoda kekasih mereka. Apa yg sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap ditanya ketika mereka menelefon seorang Girl. Pengkid akan sibuk dgn pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai Girl yg benar – benar sayang. Apabila pengkid benar – benar sayang terhadap seorang Girl, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yg ada pada Girl tsersebut. Pengkid akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang Girl senyum kepada mereka. Pengkid sanggup melakukan apa saja utk mendapatkan perhatian daripada seorang Girl. Pengkid amat benci apabila Girl menceritakan mengen

Salam Aidilfitri - Latepost

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin #salamkosongkosong #aidilfitri2016 #syawal1437 Ikhlas dari, Ochibie_K 6 SYAWAL 1437

Selamat Hari Lahir Abang~

Assalamualaikum.. Salam Jumaat untuk semua.. Hujan turun..alhamdulillah.. Dah lame tak hujan..asyik berpanas je.. Hari ni bufday abang ! Tapi die bukan abang Ochie...hihihi... Die adik Ochie..lebih suke dikenali sbg Ochibie Jr.. Umo die genap 20 tahun ni.. Dah beso dah die.. My wish to u :- " Happy birthday bro..sem0ga kamu panjang um0, dimurahkan rezeki..diberikan kesihatan yg baek..sem0ga result kamu ag better dari last sem..jadi anak yg baek even aQ tau kamu kuat melawan, ade pendirian sendiri k0n0nnye..jangan degil sangat, sebab bile kamu susah, b0nda jugak yg kamu cari..tu kamu x sedar..aQ tau..aQ paham..aQ p0n macam kamu.. " Ochie rapat ngan die..dari kecik kami macam tu..perbezaan um0 kami 6 tahun..badan die ni besar dari badan Ochie..jadinye kalau kit0rang kua skali, takde yg akan tau 0chie ni sulung..hahaha..best best..die slalu cakap Ochie ni t'bantut, tak kisah la aQ ni terbantut ke ape ke..janji aQ ni kecik dari kamu..hahaha " Blaj0 lek